Sejarah Perang Dunkirk

Share:
Pertempuran Dunkirk berlangsung di Dunkirk (Dunkerque), Perancis, semasa Perang Dunia Kedua di antara pasukan Berikat dan Jerman Nazi. Sebagai sebahagian daripada Pertempuran Perancis di Perbatasan Barat, Pertempuran Dunkirk merupakan pertahanan dan pemindahan Angkatan British dan Berikat di Eropah dari 26 Mei hingga 4 Jun 1940.

Selepas Perang Palsu, Pertempuran Perancis berlangsung bersungguh-sungguh pada 10 May 1940. Disebelah timur, Kumpulan Tentera B Jerman menyerang Belanda dan mara ke arah barat. Sabagai tindak balas, Pemerintah Tertinggi Berikat yang dipangku Jeneral Perancis Maurice Gamelin memulakan "Pelan D" dan memasuki Belgium bagi menentang Jerman di Belanda. Rancangan ini banyak bergantung pada perkubuan Barisan Maginot sepanjang sempadan Jerman-Perancis, tetapi angkatan Jerman telah melintasi Belanda sebelum pasukan Perancis tiba. Gamelin sebaliknya menumpukan pasukan di bawah pemerintahannya, tiga tentera berjentera, Tentera Perancis Pertama dan Tentera Ketujuh dan Tentera ekspedisi British (British Expeditionary Force-BEF), pada Sungai Dyle. Pada 14 Mei, Kumpulan Tentera A Jerman menyerbu melalui Ardennes dan maju dengan pantas ke sebelah barat ke arah Sedan, dan berpaling ke arah utara ke Selat Inggeris, dalam apa yang digelar oleh Jeneral Erich von Manstein sebagai "Libasan Sabit" (dikenali sebagai "Pelan Kuning" atau Rancangan Manstein), secara berkesan menghimpit rusuk Tentera Bersekutu.[11]

Satu siri serangan balas daripada pihak Berikat-termasuk Pertempuran Arras, gagal memutuskan barisan hadapan Jerman, yang tiba ke pantai pada 20 Mei, memisahkan Tentera Ekspedisi British (BEF) berhampiran Armentières, Tentera Pertama Perancis, dan Tentera Belgium jauh ke utara dari majoriti tentera Perancis di selatan pasukan Jerman. Selepas tiba ke Selat British, tentera Jerman berpaling ke utara di sepanjang pantai, mengancam untuk menawan pelabuhan dan memerangkap tentera British dan Perancis sebelum mereka boleh berundur ke Britain.

Dalam salah satu keputusan yang paling dibahaskan hangat diperbahaskan, tentera Jerman menghentikan kemaraan mereka di Dunkirk. yang dikenali sebagai "Perintah Berhenti" tidak datangnya dari Adolf Hitler, sepertimana ramai yang percaya tetapi daripada Marsyal Tentera Darat Gerd von Rundstedt dan G√ľnther von Kluge yang mencadangkan bahawa angkatan Jerman sekitar poket Dunkirk patut menghentikan kemaraan mereka ke pelabuhan dan bergabung, untuk mengelakkan tentera Bersekutu lolos keluar. Hitler mengesahkan perintah itu pada 24 Mei dengan sokongan daripada Oberkommando der Wehrmacht (OKW). Pihak tentera akan berhenti selama tiga hari, yang memberi masa yang mencukupi pada pihak Berikat untuk mengaturkan Pengunduran Dunkirk dan membina garis pertahanan. Disebalik anggaran suram keadaan pihak Berikat, dengan Britain turut membincangkan penyerahan bersyarat kepada pihak Jerman, pada akhirnya lebih daripada 330,000 tentera Berikat telah diselamatkan.

Sejarah Perang Dunkirk
Perang Dunkirk - (Wikimedia)